Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Undi Pos

Heading

Heading

Mereka yang telah berdaftar sebagai pemilih dan tinggal di luar Negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia.
Mereka yang tinggal di wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos.
Ya. Mereka yang tinggal di seluruh Kalimantan Indonesia tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos.
Ya. Anda dan pasangan layak memohon untuk mengundi secara pos kecuali anda bertugas di Singapura, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia.
Ya. Anda dan pasangan layak memohon untuk mengundi secara pos kecuali anda belajar di Singapura, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia.
Anda mesti pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Pengundi biasa yang tinggal di luar negara hendaklah mengisi Borang 1B. Borang ini boleh dimuat turun dari laman web SPR. Permohonan melalui Borang 1B yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Borang 1B yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara yang berikut :

  1. Melalui emel kepada upup@spr.gov.my
  2. Melalui faks ke 03-8881 0424/0399/0386/0369
  3. Melalui pos ke alamat,

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    Menara SPR, No.2 Jalan P2T,
    Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya
    (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

  4. Permohonan anda diterima oleh SPR selepas tarikh tutup undi pos luar negara. /li>
Permohonan undi pos luar negara dibuka pada 23 Januari 2018.
Permohonan mengundi secara pos dari luar negara ditutup pada hari pembubaran Parlimen
Ya. Garis panduan untuk mengisi Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR.(www.spr.gov.my)
Sekiranya permohonan anda diterima selepas tamat tempoh yang diumumkan oleh SPR, permohonan anda tidak akan diproses. Untuk mengundi dalam pilihan raya, anda perlu balik ke Malaysia untuk mengundi pada Hari Mengundi.

Antara sebab-sebab permohonan untuk mengundi secara pos ditolak adalah seperti yang berikut;

  1. Bukan warganegara Malaysia;
  2. Belum mendaftar sebagai pemilih; 
  3. Anda tidak berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia untuk tempoh kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa;
Ya. Anda akan dimaklumkan sebab-sebab permohonan anda untuk mengundi secara pos ditolak melalui emel,telefon atau faks.
Ya. Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos kerana sebelum itu anda berada di Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau kekosongan kerusi luar jangka.
Anda boleh mengisi butiran bulan dan tahun anda berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, SPR akan menyemak tarikh-tarikh tersebut dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk pengesahan.
Ya. SPR akan memaklumkan penerimaan Borang 1B melalui emel atau telefon atau faks.
Anda akan dimaklumkan status permohonan sama ada dilulus atau ditolak melalui emel atau telefon atau faks.
Jika nama anda tidak terdapat dalam Daftar Pemilih SPR, ini bererti bahawa anda belum lagi merupakan sebagai pemilih berdaftar. Semakan pendaftaran boleh dibuat melalui talian 603-88927018 atau laman web SPR di www.spr.gov.my.
Anda tidak layak. Mereka yang layak memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara adalah terdiri daripada pemilih berdaftar yang tinggal di luar negara.
Sekiranya kertas undi telah diterima, anda perlu menanda kertas undi dan menghantarnya kembali dengan kadar segera ke alamat yang tertera di Sampul Keutamaan B.
Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara anda. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan anda.
Kertas undi pos akan dihantar kepada alamat yang diberikan oleh anda sebagaimana di Bahagian B dalam Borang 1B. Alamat yang diberikan perlulah lengkap kerana sampul-sampul dan kertas undi anda akan dihantar ke alamat yang dinyatakan.
Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR adalah sebelum pukul 5.00 petang hari pengundian.